Wednesday, 6 June 2012

Satay Ayam





Resepinya...

1. 1 ekor ayam 2kg  (dipotong 12 ketul)

2. 5 batang serai (diblendkan hingga halus)                       

3. ½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus) 

4. 200 gram halia (diblendkan hingga halus)           

5. 300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)  

6. 50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)     

7. 30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)   

8. 50 gram kunyit (diblendkan hingga halus) 

9. 1 cawan gula pasir      

10. 5 camca teh garam


                                                                                                                                                       Untuk kuah satay ...

½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)

7 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 batang serai

1 stgh inci halia

5 tangkai cili kering

2 papan gula melaka

2 sudu asam jawa, diambil airnya.

Gula dan garam secukup rasa



Cara buat satay... 

1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang 

    telah dinyatakan 

 2. Bakar arang hingga tiada kelihatan api yang marak

3. Bakarkan  satay ayami hingga masak

4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba

5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu

6. Satay ayam masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!

7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit



Cara membuat kuah...

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan 

    semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa 

    mengisar)

3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yang telah digoreng dan 

    ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

4. Didihkan campuran tadi.

5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.

8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang 

    tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.


Nasi Minyak



Nasi Minyak ( untuk 3 orang)

2 Cawan Beras (di cuci bersih)
2 1/2 cawan air
1 1/2 sudu margerin (planta)
3 titik pewarna kuning 
Bunga lawang/buah pelaga/bunga cengkih/kayu manis 
Bawang merah/Bawan Putih/Halia (dihiris)
Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Panaskan majerin, tumis bahan yang dihiris sekali dengan bahan tumisan sambil naik bau dan hampir gering...masukkan air, masukkan pewarna kuning, garam masukkan beras yang sudah cuci tadi dan tunggu hingga nasi masak.



Roti Canai






Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai,  India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.



Nasi Goreng Kampung


BAHAN-BAHAN

3 cawan nasi

1 gengam ikan bilis ( separuh bahagian goreng garing dahulu)

5 biji cilipadi
1/2 ikat kangkung
garam
1/4 biji bawang besar saiz kecil
1 biji bawang putih




Caranya.



  • Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga lumat.
  • Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan kemudian masukkan nasi dankangkung tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam, bila semua dah sebati dan kangkung sudah layu baru masukkan ikan bilis goreng, kacau sebentar dan terus angkat, sedap dimakan panas-panas. 


Nasi Goreng Pattaya




" Nasi Goreng Pattaya "

 Nasi goreng pattaya ini  dengan ayam goreng kunyit dan timun.


Sekiranya anda berasa lapar di waktu malam, cuba makan sesuatu yang istimewa. Saya seorang yang tidur lewat,jadi makanan yang enak ini sangat penting untuk mengekalkan tenaga.






Mee Rojak


Mee rojak  ...
Sejenis makanan yang biasa terdapat dikedai-kedai mamak, kini terdapat diserata tempat termasuk warung . Rojak kuih adalah sejenis makanan yang dicampur tauhu, kuih udang, telur rebus, taugeh, sengkuang, timun dan kuah kacang.


Gambar Mee Rojak

Tuesday, 5 June 2012

Nasi Lemak



Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. 


Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kalapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.


Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis  dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan pelbagai lauk. 


Pada masa kini ......

Nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.