Satay Ayam
Resepinya...
1. 1 ekor ayam 2kg (dipotong 12 ketul)
2. 5 batang serai (diblendkan hingga halus)
3. ½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
4. 200 gram halia (diblendkan hingga halus)
5. 300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
6. 50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
7. 30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
8. 50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
9. 1 cawan gula pasir
10. 5 camca teh garam
Untuk kuah satay ...
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa
Cara buat satay...
1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang
telah dinyatakan
2. Bakar arang hingga tiada kelihatan api yang marak
3. Bakarkan satay ayami hingga masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit
Cara membuat kuah...
1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan
semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa
mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yang telah digoreng dan
ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang
tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.
No comments:
Post a Comment