Tuesday, 5 June 2012

Nasi Lemak



Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. 


Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kalapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.


Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis  dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan pelbagai lauk. 


Pada masa kini ......

Nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.

No comments:

Post a Comment