Wednesday, 6 June 2012
Nasi Minyak
Nasi Minyak ( untuk 3 orang)
2 Cawan Beras (di cuci bersih)
2 1/2 cawan air
1 1/2 sudu margerin (planta)
3 titik pewarna kuning
Bunga lawang/buah pelaga/bunga cengkih/kayu manis
Bawang merah/Bawan Putih/Halia (dihiris)
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Panaskan majerin, tumis bahan yang dihiris sekali dengan bahan tumisan sambil naik bau dan hampir gering...masukkan air, masukkan pewarna kuning, garam masukkan beras yang sudah cuci tadi dan tunggu hingga nasi masak.
Roti Canai
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
Nasi Goreng Kampung
BAHAN-BAHAN
3 cawan nasi
1 gengam ikan bilis ( separuh bahagian goreng garing dahulu)
5 biji cilipadi
1/2 ikat kangkung
garam
garam
1/4 biji bawang besar saiz kecil
1 biji bawang putih
Caranya.
- Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga lumat.
- Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan kemudian masukkan nasi dankangkung tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam, bila semua dah sebati dan kangkung sudah layu baru masukkan ikan bilis goreng, kacau sebentar dan terus angkat, sedap dimakan panas-panas.
Nasi Goreng Pattaya
Mee Rojak
Mee rojak ...
Sejenis makanan yang biasa terdapat dikedai-kedai mamak, kini terdapat diserata tempat termasuk warung . Rojak kuih adalah sejenis makanan yang dicampur tauhu, kuih udang, telur rebus, taugeh, sengkuang, timun dan kuah kacang.
Tuesday, 5 June 2012
Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi.
Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kalapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan pelbagai lauk.
Pada masa kini ......
Nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.
Subscribe to:
Posts (Atom)